Monday 17 September 2012

[Music Of Sarawak] Taboh Iban - Ngajat

Rumah sewaku..Pulau Angsa..2012/2013

      Ini penulisan yang pertama untuk tahun 2012. Lama sudah tidak mengupdate blog ni. Maklum la, nak mengupdate blog memerlukan kerajinan bukan kemalasan.hehehe.
     Nampaknya dh seminggu kami sekawan menduduki rumah sewa ni....amin...semuanya berjalan dengan lancar setakat ni. Duduk di rumah sewa ni memang seronok sebab dapat masak sendri,jimat duit pula tu. Masalah nya cuma satu la, perjalanan dari rumah ke fakulti agak meletihkan. Jaraknya tidaklah sejauh manapun walaupun cuma mengambil masa selama 10 minti berjalan kaki. Hehe...pengalaman duduk di rumah sewa buat pertama kalinya memang best la, cuma di kawasan kejiranan ini agak sunyi. Tidak banyak bunyi bising. Sewa bulanan rumah ini agak berpatutan lah kepada kami sebagai seorang penuntut. Boleh tahan juga sewanya. Kena pandai berjimat cermat kalau tinggal di luat kolej. Cabaran nya pun banyak terutamnya dari segi keselamatan. Maklumlah, kami ni menetap di negeri orang, kena la pandai menjaga diri.
Housemate saya tak lain tak bukan kawan2 dari sabah sarawak la termasuk seorang dari terengganu. Kami ni memang la satu kumpulan. Sentiasa bersama-sama. Bukan senang nak dapat kawan macam mereka. Saya  memang berterima kasih kepada mereka semua.