Friday 30 December 2011

End of year 2011....

             Goodmorning bloggers...not sleeping yet??? Same goes to me. Sejak dh habis kuliah ni, mata saya ni liat sikit nak tido awal. Nak x nak, kena juga tido bila dah subuh2 ekk..hehe...Hari ini dah 30 Disember 2011 dan ini bermakna dalam satu hari lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya. So..apa azam korang semua??? Takkan belum pikir kot (by the way, saya pun tengah pikir azam saya untuk tahun 2012 yang akan menjelang x lama lagi)...Sepanjang tahun 2011 ni kan mesti banyak cerita suka dan duka yang bertamu dalam kehidupan korang semua kan. Biasalah, dah lumrah kehidupan, ada yang pahit ada yang manis. Begitu juga dengan saya, ada perkara yang ingin dilupakan tetapi liat sangat nak dilupakan (hemmm..susah2..asyik melekat dlm otak saja). Sepanjang tahun ini,saya telah mempeljari baynk perkara yang membuka mata saya untuk mengenal erti kehidupan dari pelbagai sudut dan perspektif. Dan adalam tempoh satu tahun ini, saya dah ada hobi baru. Hobi ini berjangkit dari sorang kawan tuuu. Hobi baca novel scr online. Then, hobi membaca novel ini berjangkit hingga saya sanggup berhabis duit membeli novel gara2 untuk mengetahui kesudahn cerita tersebut. Advanced la kau glo...hehehe...Kalau bos tau, gerenti kena marah.
               Malam..ehhh..pagi ini.hanya saya dengan lina saja belum tido. Biasala kan, tadi saya buat revision untk subjek CTU553, then saya trus terfikir nak updated blog, so saya buka laptop la. Susah jugak nak study sejarah balik. Terasa macam masih STPM dulu. Dahla paper ctu ni 4hb kmudian diikuti dengan paper IMA456 pula pada 5hb. HAH...ambik kau..subjek tu belum belek lagi tau...huhu...Tuhan kuatkan lah semangat saya supaya dapat belajar dengan lancar dan mengingati segala yang telah dipelajari selama ini. Amin. Masa macam ni, buat saya rindu dekat family kat sarawak. Kan best kalau dapat sambut New year ngan family...huhu..but it ok la...dapat sambut new year ngan kawan2 pun ok juga..dapat experienced baru sambut new year dengan kawan2...huhu... k lah sampai disini saja coretan ku...Morning alls...Saya nak tido...zzzzzz
               

Friday 23 December 2011

Hari terakhir untuk sesi kuliah 2011.....23 Disember 2011

              Aminnnn........semua berjalan dengan lancar....Tamat lah sudah kisah semester 3 sesi septembet 2011 hingga januari 2012. Semua assignment, group projek dan presentation dapat disempurnakan dengan lancar sekali. Walaupun dalm masa seminggu dua ini, saya bersama-sama rakan -rakan seperjuangan tidak mendapat rehat yang cukup semata-mata untk menyiapkan assgnment yang telah diberikan. Berkat kesabaran kami semua telah membuahkan hasil. Walaupun sepanjang kami bergaul dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan itu ada pahit jeirhnya tapi saya mengerti, semua itu berlaku adalah disebabkan tekanan yang dihadapi oleh setiap orang. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Bak kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih. Itu saja yang dapat saya katakan. Ingin saya katakan kepada Sitti Hawa, Winney Imba dan Yean, saya minta maaf banyak2 kalau ada salah dan silap saya sepanjang kita bersama dalam mengharungi semester 3 ini. Saya tahu mungkin ada satu2 masa tu mungkin saya terlalu mementingkan diri dan tidak sedar akan sikap saya. Harap kamu org maafkan saya Dan saya benar2 ikhlas dan beterima kasih kepada kamu bertiga kerana sanggup bersama-sama saya menghadapi masalah yang terjadi. Pengalaman sepanjang semester 3 ini telah banyak mengajar saya untuk memperbaiki sikap diri sendiri, memperbaiki kelemahan yang ada dan jangan sesekali untk kedekut ilmu....
            Dan doakan semoga persabahatan kami kekal selama-lamanya ok!!!...bye...

Tuesday 20 December 2011

Minggu-minggu terakhir kuliah..sebelum final exam

         Hmmmm...nak tulis pasal apa erkk...lama dh x update blog ye...tu la pasal sebab dekat-dekat minggu terakhir kuliah ni banyak pula kerja...Maklum lah semua assgnment,presentation dan test didiadakan berturut-turut pada minggu last kuliah. Semua Students terpaksa lah bercekang mata dan menggunakan seluruh kudrat mereka untuk menyiapkan tugasa-tugasan yang belum disiapkan..(termasuk saya juga la tu). Ada juga housemate yang stress. SEBABNYA???...teeet...test punya pasal la...ada ke patut lecturer buat test last2 kelas macam ni..kesian kat housemate saya..sabar je la ye.
      HAH!! Pagi tadi, time kelas BEL (Kelas terakhir bersama Madam Chew), group kitaorg buat presentation. Bab2 Presentation ni saya kurang sikit ya. Nervous je, kalau cakap pun bergetar je suara. Ishh..Tapi ok la,semua dh lepas. Presentation pun dah siap, report  pun dah hantar dan markah test dan oral untuk individu pun dah diberitahu. Keseluruhan nya ok la. Dan saya berharap sangat2 yang markah report kitaorg pun ok juga. Lepas tu, kelas CTU553 hari ini pun merupakan kelas yang terakhir bersama Ustazah Kamariah. Ustazah tu punya la baik, tak pernah nak marah. Tadi sedih je masa berpisah dengan Ustazah. Harap2 Ustazah mendoakan kami supaya kami dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lancar masa final exam nanti. Gonna miss u Ustazah.
     Tadi petang kan.saya bersama-sama dengan SS crew (seperti yg dinyatakan oleh yean kat fb td)..heheh..kitaorg buat shooting untuk video mandarin..punya la lawak...Kitaorg memang takda bakat langsung dalam bab2 berlakun ni...scene2 yang pendek pun kena ulang banyak kali.  Apa tak nya...tiap kali nak mula, ada2 saja la ragam nya. Ada yang ketawa la, lupa dialog la. Hai sabar je la juru rakam kitaorg (Yean)..heheh. Kitaorg punyan scene punya la bayak tapi dialog nya semua pendek2. Semua durasi masa video kitaorg ialah 6 minit. Tak mencapai piawaian langsusng(hehehehe). Lupa nak bagitau yang SS tu satnd for Sabah Sarawak ok...hehe...samapi disinilah coretan untuk hari ini ya...nak sambung buat report rekod and study sikit untuk BPC...Rabu ni dh nak test la pula...BYEBYE...ZAIJIAN....

Tuesday 6 December 2011

2 minggu sebelum sesi kuliah tamat.......

                Hemmm....tinggal 2 minggu lagi sebelum sesi kuliah tamat pada 24 Disember 2011. Dalam masa 2 minggu ni,saya dan rakan2 seperjuangan bersama-sama berjuang untuk menyiapkan semua assgnment yang telah diamanahkan oleh lecturer untuk disiapkan dan dihantar sebelum sesi kelas yang terakhir. Punyalah letih membuat semua assgnment, dengan terpaksa membuat acedimic research lagi, nak buat repot lagi dan presentation. Huh...duit pun melayang jugak bila buat research ni. Sabar je la. Tadi time kelas cataloguing, madam suruh hantar assgnment next week..alamak..x lama lagi tu..tapi kitaorg punya almost complete lah..sebab lepas kelas tadi trus pergi library cari material. Tinggal nak buat citation lagi. Assgnment sir zailan jer yang belum siap tapi dalam proses la..Punya la banyak benda nak cari untk annnotated bibliography tu...Kalau senang nak cari material ok la, tapi kadang2 kat PTAR Puncak Perdana ni ada juga kekurangan bahan2nya, so terpksa pergi cari kat library lain. Haaa...esok listening test untuk mandarin la pula..belim study lagi ni..malam ni la baru study..hehehe. Repot research untuk subjek resource center belum buat lagi. Next week dh nak submit pula. ARGGHHH...khamis ni test la pula...pening kepala..sabar je la.
                Dalam sibuk membuat segala assgnment terlupa pula yang saya dah lama x shoppping bersama rakan2 yang lain. Yala, semua orang pun sibuk, mana ada masa nak keluar pergi enjoy. Selepas siap semua tu barulah boleh enjoy. Esok, lepas listening test mandarin, saya,wawa,yean n imba nak buat research dekat Barakah Heakth Care Center kat Klang. Research ni pula untuk subjek IMA456 Managing Record in Organization. Harap2 perjalanan kami ke Barakah Health Care Center berjalan dengan lancar. Sebenarnya, kitaorg pun x tau jalan nak pergi ke tempat tu (he..he..he..)
                  Ok la, sampai disini sahaja la coretan untuk hari ni..kelak kamek sambung gik..maok makan dlok ngan housemate kmek yg tercinta at 3D06.....BYE.

Friday 2 December 2011

It December...welcome December.....

                 Dah masuk hari yang ke 2 dalam bulan Disember kan...tidak terasa pula. Tapi memang terasa lama sangat2 kalau diikutkan hati.Nak balik. Banyak perkara berlaku sepanjang minggu ini.Semua kawan pun busy siapkan group assgnment yang perlu dihantar sebelum minggu terakhir sesi kuliah. HAH!!!Larat ke nak siapkan semua tu...larat2kan lah ya...saya pun sedang bertungkus lumus menyiapkan assgnment bersama-sam dengan teamwork saya. Hari ni pun penat sangat2. Keluar seawal jam 8.00am dan balik jam 6.00pm.Fuhhh!!!.hanya Tuhan saja yang tahu betapa penat nya saya and the geng.
                 Hari ni saya bersama denga wawa,imba n yean buat academic research di MSU Library& Resource Center.Wahh!!..Library dia memang best...3 tingkat lagi tu mengalahkan PTAR Puncak Perdana.Terasa best sangat dapat masuk library msu.Tidak sia2 pilih msu untuk buat research.Library msu masih bru lagi.Belum banyak lagi peralatan yang ada tapi collection dalam library tu mmg banyak la...ikut fakulti.Ada tempat untuk main game lagi tu and coming soon,diaorg nak buat bilik karaoke..advanced gitu library dia.Syok la student MSU. Tak jemu kalau datang library hari2.
                Lepas tu kiatorg pergi PPAS(Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor) yang baru kat seksyen 13. Library ni lagi la cantik.Kitaorg pergi situ sebab nak cari rujukan untuk buat assigment annotated bibliography subjek IML503 Encik Zailan. Ada juga la material cuma jurnal sikit ja. Lagi la kalau yang electronic material tu,memang takda. Baru pula tu. Ada bahagian untuk semua levels. Semangat arr kalau datang library tu. Service pun bagus. Library tu boleh dikatakan second house kita la. Seronok tengok orang datang situ. Ada yang bersantai membaca buku, buat revision. Untuk kanak2 pula,ada aktiviti tersendiri yang diadakan. Libarary tu sejuk sangat2.Dah la hari hujan.Cuaca memang dh sejuk,ditambah pula dengan kesejukkan suhu aircond nya.Huhu...sabar jak la aku.