Aminnnn........semua berjalan dengan lancar....Tamat lah sudah kisah semester 3 sesi septembet 2011 hingga januari 2012. Semua assignment, group projek dan presentation dapat disempurnakan dengan lancar sekali. Walaupun dalm masa seminggu dua ini, saya bersama-sama rakan -rakan seperjuangan tidak mendapat rehat yang cukup semata-mata untk menyiapkan assgnment yang telah diberikan. Berkat kesabaran kami semua telah membuahkan hasil. Walaupun sepanjang kami bergaul dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan itu ada pahit jeirhnya tapi saya mengerti, semua itu berlaku adalah disebabkan tekanan yang dihadapi oleh setiap orang. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Bak kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih. Itu saja yang dapat saya katakan. Ingin saya katakan kepada Sitti Hawa, Winney Imba dan Yean, saya minta maaf banyak2 kalau ada salah dan silap saya sepanjang kita bersama dalam mengharungi semester 3 ini. Saya tahu mungkin ada satu2 masa tu mungkin saya terlalu mementingkan diri dan tidak sedar akan sikap saya. Harap kamu org maafkan saya Dan saya benar2 ikhlas dan beterima kasih kepada kamu bertiga kerana sanggup bersama-sama saya menghadapi masalah yang terjadi. Pengalaman sepanjang semester 3 ini telah banyak mengajar saya untuk memperbaiki sikap diri sendiri, memperbaiki kelemahan yang ada dan jangan sesekali untk kedekut ilmu....
Dan doakan semoga persabahatan kami kekal selama-lamanya ok!!!...bye...
No comments:
Post a Comment