Sunday, 27 November 2011
Hatiku berkata.......
Time buka fecebook tadi,tiba2 saya ternampak ada org post lagu Here I am to Workship(Light of the world).So,saya try cari kat youtube lagu n lirik nih..Hati saya cukup tersentuh dengar lagu ni..terasa diri ini begitu kerdil jika nak dibandingkan dengan Pencipta kita.Begitu banyak dosa dilakukan di duniawi ni tanpa kita menyedarinya.So, beringatlah kita supaya sentiasa mengawal perilaku serta banyak2 kan lah melakukan kebaikan. Jangan terikut2 dengan kata hati. Belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang itu tidak memaafkan kita. Belajar untuk menerima seadanya siapa kita ynag sebenarnya. Belajar juga untuk menerima kelemahan dan kelebihan diri sendiri dan orang lain. Be humble. Walaupun susah untuk menerima dan menyesuaikan diri sendiri dengan sikap seseorang yang kurang senang untuk kita terima,belajarlah untuk memahami orang itu. Saya rasa tidak salah untuk memahami sikap seseorang dengan lebih mendalam. Seperti saya yang ingin memahami semua sikap kawan2 yang ada disekeliling saya. walaupun ada segelintir yang yang tidak ingin memahami kita, biarkan la mereka dengan sikap mereka. Berbuat kebaikan adalah lebih berfaedah daripada berbuat kejahatan. Tidak semua manusia yang diciptakan sempurna.Sepanjang 21 tahun kehidupan ini, saya dapat belajar dan mengenali pelbagai tingkah laku dan sikap individu2 yang telah saya kenali. Setiap individu pasti berbeza personalitinya. Ia hanya terpulang kepada kita bagaimana hendak menghadapi setiap individu yang baru kita kenali setiap hari.Goodnite.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment