Sunday 16 December 2012

Semalam, Hari ini dan seterusnya....

 Hemmm....hai semua...rasanya keadaan sekarang sangat genting dan kritikal bagi semua student termasuk saya la. Saya dah mula merasai tekanan dari segi mental dan fizikal dalam tempoh menyiapkan semua assigment yang perlu di hantar pada minggu terakhir sesi kuliah. Rasa di dalam kepala ini hanya Tuhan saja yang tahu sekarang...sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Sudahla ada masalah lain pula, menambahkan lagi kekusutan di dalam otak ini. Dengan test nya lagi pada minggu hadapan dan presentation...hemmm...nampak tidak terurus diri ini sekarang..Makan tat tentu waktu nya, itu pun belum tentu makan ke tidak...Betapa susah nya nak menghabiskan minggu terakhir untuk semester ini. Di dalam hati, teringin sangat nak konvo cepat, biar cepat dapat kerja dan cepat bersama ornag yang tersayang. Maklum lah, jodoh dah lama, tinggal mahu merasmikan lagi(hehehe...). Doakan semoga saya dan si dia dapat bersama sehingga ke akhir hayat tau dan semoga dalam masa sekarang hubungan kami pulih seperti sedia kala. Doakan semoga saya dapat buat yang terbaik untuk si dia seperti si dia telah melakukan yang terbaik untuk diri saya. Sepatutnya saya lebih menghargai si dia bukan bersifat terlalu mementingkan diri sendri dan melayan sifat ego yang terlampau kuat dan susah untuk dimusnahkan dalam diri ini... oke la sampai disini sajalah coretan untuk hari ini...nak sambung buat kerja..bye

No comments:

Post a Comment