Thursday, 13 December 2012

Mood yang kurang baik....

hai...hemmm...hari ini nak update blog la...lagipun mood hari ini kurang baik sikit. maklum la, perempuan ni kadang2 mood dia baik, kadang2 tak..terpulang kepada keadaan semasa. Kalau stress tu, mood tak baik lah jadi nya...hemm..apa pun..hari ini betul2 membuatkan saya berasa stress dan serba salah. Nak diceritakan disini, keadaan nya terlalu peribadi untuk dikongsikan bersama yang lain. Baik saya pendam sajalah. Hanya Tuhan, saya dan si dia saja yang tahu apa yang berlaku hari ini. Emmm...seminggu lagi mau balik ke sarawak ni...tak sabar rasanya hendak menghabiskan sesi kuliah pada tahun ini. Setelah sekian lama belajar di negeri orang, dapat juga la balik untuk menyambut hari krismas bersama family.. Sabar dulu la ye...siapkan dulu semua assignment baru fikir benda lain..malam ini bercadang nak siapkan assignment edu tech la pula..nak buat report katakan...hemm..ok la..setakat ini sajala luahan hati ini...nak sambung tengok cerita Ramen Shop...ok bye...jumpa lagi.

Sunday, 9 December 2012

Satu hari di bulan Disember....

ehemmm...hai...lama dah tak update blog...maklum lah ada sifat kemalasan di dalam diri ini...hehehe...ehehh...dah masuk bulan 12 rupa nya...tak lama lagi nak krismas dah...cuti study week pun dah memanggil2 budak2 degree ni...hemm...sekarang ni,pada saat ini, saya menulis ni pun sebab boring...boring dengan segala-segalanya. Yalah kan, dalam masa 2 minggu ni, semua2 kita yang bergelar mahasiswa/siswi ni pasti sedang bergelut dengan assignment2 yang menanti giliran untuk disiapkan. Haah!!! begitu juga dengan saya...pening kepala ni dibuatnya. Apapun kena siapkan jugak kan...dah menjadi tanggungjawab kita.. Buat kawan2 sekelas walau dekat ataupun jauh nun disana...sama2 la kita berusaha menyiapkan assignment2 yang terbengkalai itu ye. Hari ini just nak kongsi je la dengan korang semua apa yang saya buat. Tak banyak sangat pun, buang masa adalah...hehehe..hari ini saya tengok semua cerita yang saya nak tengok kat youtube..berhabis ini menengok cerita (hati x senang juga sebab assignment belum siap...huhu). Lama juga nak menunggu 2 minggu ni untuk berlalu, lepas 2 minggu ni baru ada rasa lega sikit sebelum menghadapi final paper nanti. Nak KRISMAS bersama keluarga jauh sekali...sejak belajar disini, dah lama tak sambut KRISMAS dengan family. Rindu pula dengan suasana yang riuh rendah, rindu nak jumpa sanak saudara, kawan satu sekolah dulu.huhu.. Niat ni simpan je dalam hati dulu. kena banyak bersabar. Tak lama lagi akan datanglah saat tu. kena tunggu sekejap lagi...kena tunggu satu semester lagi. hemmmm...oke la, nanti sambung lagi, kalau ada masa...okebai!!!!...salam 1 Malayasia...

Tuesday, 16 October 2012

Kisah hati dikala hujan..

Lama sudah tidak mengupdate blog...maklum la malas sikit nak menaip ni, bukan macam mula-mula baru buat blog ni..hehehe...Dikala hujan yang tengah turun dengan lebat ni, saya mengambil sedikit masa la untuk mengupdate cerita terbaru tentang kehidupan diri ini... Hai, tidak lama lagi dah nak cuti mid sem ni...kawan2 balik kampung tak???Mesti korang balik semua kan...hehe..maklum la nak jumpa dengan family tercinta. Saya pun apa kurang nya...kalau korang balik kampung, saya pula pergi bercuti.(JANGAN JELES)..saja nak cuti2 Malaysia. 
Hemmm....belum sempat nak menikmati kehidupan di rumah sewa untuk semester 5 ni, kami dah kena pindah balik. Sebab nya, tuan rumah nak pindah balik pergi rumah dia. Menyusahkan betul la. Terpaksa la kami ni dalam keadaan terges-gesa mencari rumah sewa yang baru. Nak taknak, terpaksa juga menyewa kat resak tuu..dahla sewa nya mahal rumah pun sempit. Haii...sabar je la wahai hati...Hidup di tempat orang ni kena banyak bersabar,nak cari ilmu ni kena banyak hadapi rintangan dan halangan..(cewaahh). Terpaksa la bermula lagi untuk mengemas barang2 yang sepatutnya dikemas. .Barang2 saya memang banyak la..kalau satu hari tu memang tak cukup untuk mengemas barang. Tapi tak apa la, asalkan dah merasa hidup di rumah yang besar ni,cukup la. Sekarang kena kembali kepada keadaan yang nyata.

Semester 5 ini banyak pula la assignement nya ya...masa pun kelihatan semakin cepat berlalu. Tak sabar rasanya hendak menamatkan pelajaran ini..Nak buat parents bangga la kununnya..hehehe..Banyak perancangan yang telah dirancang untuk masa depan....Bah,ok lah..lain kali saya sambung lagi..nak study mandarin ni..esok nak buat online test...heheh...

Monday, 17 September 2012

[Music Of Sarawak] Taboh Iban - Ngajat

Rumah sewaku..Pulau Angsa..2012/2013

      Ini penulisan yang pertama untuk tahun 2012. Lama sudah tidak mengupdate blog ni. Maklum la, nak mengupdate blog memerlukan kerajinan bukan kemalasan.hehehe.
     Nampaknya dh seminggu kami sekawan menduduki rumah sewa ni....amin...semuanya berjalan dengan lancar setakat ni. Duduk di rumah sewa ni memang seronok sebab dapat masak sendri,jimat duit pula tu. Masalah nya cuma satu la, perjalanan dari rumah ke fakulti agak meletihkan. Jaraknya tidaklah sejauh manapun walaupun cuma mengambil masa selama 10 minti berjalan kaki. Hehe...pengalaman duduk di rumah sewa buat pertama kalinya memang best la, cuma di kawasan kejiranan ini agak sunyi. Tidak banyak bunyi bising. Sewa bulanan rumah ini agak berpatutan lah kepada kami sebagai seorang penuntut. Boleh tahan juga sewanya. Kena pandai berjimat cermat kalau tinggal di luat kolej. Cabaran nya pun banyak terutamnya dari segi keselamatan. Maklumlah, kami ni menetap di negeri orang, kena la pandai menjaga diri.
Housemate saya tak lain tak bukan kawan2 dari sabah sarawak la termasuk seorang dari terengganu. Kami ni memang la satu kumpulan. Sentiasa bersama-sama. Bukan senang nak dapat kawan macam mereka. Saya  memang berterima kasih kepada mereka semua.




Friday, 30 December 2011

End of year 2011....

             Goodmorning bloggers...not sleeping yet??? Same goes to me. Sejak dh habis kuliah ni, mata saya ni liat sikit nak tido awal. Nak x nak, kena juga tido bila dah subuh2 ekk..hehe...Hari ini dah 30 Disember 2011 dan ini bermakna dalam satu hari lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya. So..apa azam korang semua??? Takkan belum pikir kot (by the way, saya pun tengah pikir azam saya untuk tahun 2012 yang akan menjelang x lama lagi)...Sepanjang tahun 2011 ni kan mesti banyak cerita suka dan duka yang bertamu dalam kehidupan korang semua kan. Biasalah, dah lumrah kehidupan, ada yang pahit ada yang manis. Begitu juga dengan saya, ada perkara yang ingin dilupakan tetapi liat sangat nak dilupakan (hemmm..susah2..asyik melekat dlm otak saja). Sepanjang tahun ini,saya telah mempeljari baynk perkara yang membuka mata saya untuk mengenal erti kehidupan dari pelbagai sudut dan perspektif. Dan adalam tempoh satu tahun ini, saya dah ada hobi baru. Hobi ini berjangkit dari sorang kawan tuuu. Hobi baca novel scr online. Then, hobi membaca novel ini berjangkit hingga saya sanggup berhabis duit membeli novel gara2 untuk mengetahui kesudahn cerita tersebut. Advanced la kau glo...hehehe...Kalau bos tau, gerenti kena marah.
               Malam..ehhh..pagi ini.hanya saya dengan lina saja belum tido. Biasala kan, tadi saya buat revision untk subjek CTU553, then saya trus terfikir nak updated blog, so saya buka laptop la. Susah jugak nak study sejarah balik. Terasa macam masih STPM dulu. Dahla paper ctu ni 4hb kmudian diikuti dengan paper IMA456 pula pada 5hb. HAH...ambik kau..subjek tu belum belek lagi tau...huhu...Tuhan kuatkan lah semangat saya supaya dapat belajar dengan lancar dan mengingati segala yang telah dipelajari selama ini. Amin. Masa macam ni, buat saya rindu dekat family kat sarawak. Kan best kalau dapat sambut New year ngan family...huhu..but it ok la...dapat sambut new year ngan kawan2 pun ok juga..dapat experienced baru sambut new year dengan kawan2...huhu... k lah sampai disini saja coretan ku...Morning alls...Saya nak tido...zzzzzz
               

Friday, 23 December 2011

Hari terakhir untuk sesi kuliah 2011.....23 Disember 2011

              Aminnnn........semua berjalan dengan lancar....Tamat lah sudah kisah semester 3 sesi septembet 2011 hingga januari 2012. Semua assignment, group projek dan presentation dapat disempurnakan dengan lancar sekali. Walaupun dalm masa seminggu dua ini, saya bersama-sama rakan -rakan seperjuangan tidak mendapat rehat yang cukup semata-mata untk menyiapkan assgnment yang telah diberikan. Berkat kesabaran kami semua telah membuahkan hasil. Walaupun sepanjang kami bergaul dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan itu ada pahit jeirhnya tapi saya mengerti, semua itu berlaku adalah disebabkan tekanan yang dihadapi oleh setiap orang. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Bak kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih. Itu saja yang dapat saya katakan. Ingin saya katakan kepada Sitti Hawa, Winney Imba dan Yean, saya minta maaf banyak2 kalau ada salah dan silap saya sepanjang kita bersama dalam mengharungi semester 3 ini. Saya tahu mungkin ada satu2 masa tu mungkin saya terlalu mementingkan diri dan tidak sedar akan sikap saya. Harap kamu org maafkan saya Dan saya benar2 ikhlas dan beterima kasih kepada kamu bertiga kerana sanggup bersama-sama saya menghadapi masalah yang terjadi. Pengalaman sepanjang semester 3 ini telah banyak mengajar saya untuk memperbaiki sikap diri sendiri, memperbaiki kelemahan yang ada dan jangan sesekali untk kedekut ilmu....
            Dan doakan semoga persabahatan kami kekal selama-lamanya ok!!!...bye...