Tuesday, 9 April 2013

PMC...PURE MARINE COLLAGEN.......SHELVING@PTAR PUNCAK PERDANA


Hari ini terasa malas sangat bangun awal pagi tadi, kelas pun mula lewat hari ini. Tapi terpaksa la juga mengagahkan diri ini bangun dan melangkah ke kamar mandi and then bersiap. Siap pakai baju kurung lagi tuhh...Nak tau ke mana destinasi saya awla pagi tad??? Agenda bangun awal hari ini sebab nak pergi PTAR PUNCAK PERDANA...nak experience shelving buku la ni konon2 nya. Kami pergi ni satu kelas dan diberi penerangan oleh Puan Sakmah dan seorang library assistant la.Buat shelving ni memangla susah untuk yang pertama kalinya kan. Lepas tu dh boleh dh ikut dia punya tunjuk ajar. Proses menshelving buku ni lama juga la...tadi kami ambil masa satu jam lebih kot untuk menshelving buku2 yang ada di tray tu...tapi ok la...dapat juga menimba sedikit ilmu unutk dibawa semasa pratikal nanti...hehehe...yang tak datang tu rugi la yea....


Pernah dengar tak PMC ni?????..Sekarang ni orang tengah havoc bercerita pasal collagen2 semua ini....semua nak cantik katakan....maklumlah...wanita perlu menjaga penampilan diri...kekke...tak terkecuali saya la tu...saya pun baru baru saja menjinakkan diri dengan PMC...saya pakai PMC ini untuk dijadikan mask and pakai waktu malam...kalau rajin and x busy ngan assignment or kelas boleh la pakai hari2. First time pakai mask PMC ini kulit muka terasa tegang and fresh sangat. Perubahan nya tak lah begitu mendadak tapi perbezaan nya boleh tengok sikit2 la...macam kulit muka jadi putih berseri...hehehe...itu idaman semua wanita kan untuk memiliki kulit yang putih mulus dan gebu.

By the way, presentation yang pertama dah lepas, so tunggu next presentation jer....kekeke.
Hemm...sekrang ni kan..kawan2 dari u lain tengah cuti mid sem tau tapi saya ni belum lagi cuti...masih menunggu untuk tibanya hari itu nanti...hehe...tapi sayang saya tak balik sarawak...hanya menghabiskan cuti seminggu di Apartment Resak ni bersam housemate yang lain...huhu...sedih kan??? Apa boleh buat, nak menikmati suasana semester akhir ini di kampus kesayangan....nak mengumpul seberapa banyak kenangan sementara masih bergelar sebagai seorang pelajar...cewahhhhhhhh...oke la...tadi ni tengah boring2 buat assignment tu la yang jenguk sekejap blog ni...kalau x di update takut expired pulak blog ni...hehehe...oke byeeee...tengah layan lagu Bollywood ni....nanti update lagi la kalau rajin.

Wednesday, 3 April 2013

ARTICLE REVIEW

Semenjak menginjak ke semester 6 ini, assignment kami ni tak lain tak bukan mereview article yang tak berapa nak direviewkan...hampir setiap minggu kena cari and baca article then buat presentation...hemmm...dari semester 1 buat article review tapi masih juga terasa kesushannya membuat article review ini...malam ini saya kena baca 2 article berkaitan academic library gara2 untuk membuat term paper encik fazli...sabar lah wahai hati...semakin hari semakin banyak assignment yang kunjung tiba...ada juga yang menunggu unutk disiapkan, tapi biasala kalau student tak sah kalau tak buat assignment last minit...katanya kalau buat last minit idea akan mencurah2 keluar...hehehe...oke la nak sambung baca article ni...bye...and DOAKAN SEMOGA PRESENTATION SAYA BERJALAN LANCAR....BYEEEEE

HATI YANG PILU.......

Semalam,2 april 2013 tepat jam 9 malam...menerima panggilan dari kazen...ingatkan berita gembira tetapi berita yang mengejutkan...Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada masa itu...datuk sebelah bapa saya telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...betapa hancur luluh hati saya ketika menerima panggilan itu...tak terkata saya dibuatnya...walau x rapat dan x dijaga oleh datuk dari kecil tapi saya tetap menyayangi nya sebagai cucu...kasih seorang cucu kepada datuk yang tak dapat diungkap dengan kata2...Tuhan kuatkanlah semangat saya dan famili saya yang sekarang ini tengah bersedih dengan pemergian datuk tersayang....sayangnya saya tidak dapat balik untuk menatap wajah datuk buat kali yang terakhir...kalaula saya dekat akan saya datang juga datuk...maafkan cucu mu ini....tiada tempat untuk saya meluahkan perasaan sedih semalam. Saya menaggung kesediham seorang diri dan hanya mampu berdoa dari jauh untuk datuk....MAY GOD BLESS YOU DATUK...AMEN....

Sunday, 31 March 2013

ENJOY MY WEEKEND......

Hari ini bangun awal sebab tuan rumah nak datang. Nak tengok rumah dia katakan. Then, kami kemas2 rumah yang tak berapa nak dikemaskan ini.hehehe. Then,tolong si winney masak spagheti. Kami makan spageti di tengahari yang indah di apartment resak...huhu...Masa tengah update blog ni,otak ni ligat berfikir samada nak buat assignment ke tak..Halangan oleh syaitan yang merasuki otak dan jiwa tak terlawan rasanya...apa boleh buat...lepas makan mesti rasa mengantuk kan...rasa macam nal tido pun ada, nak baca novel pun ada. Sekarang ni saya tengah layan novel karya Evelyn Rose yang bertakuk THE WEDDING BREAKER. Jalan cerita dia ok jugak...best..sesuai dengan jiwa remaja saya...cewahhhhhh...hahaha. oke la...sampai disini sajalah saya punya status...saja nak updated blog ni...maklumlah, bukan rajin sangat nak singgah kat blog ni...hehehe..sekali sekala je

Tuesday, 15 January 2013

Hari yang bosan...........

Hari ini dah masuk hari ke 15 dalam tahun 2013. Tak sangka pula sekarang ni saya semakin dewasa dan umur pun dah nak masuk 23 tahun. Tahun ini pula tahun akhir saya di universiti. Begitu cepat masa berlalu. Ingatkan 3 tahun tu lama tapi rasa macam sekejap je. Rasanya macam baru semalam saya mendaftar untuk masuk ke universiti.  Tahun 2013 merupakan tahun yang banyak cabaran dan rintangan nya macam tahun2 yang sebelum ini la kan. Cuma yang diperlukan unuk menghadapi cabaran2 ini hanyalah doa dan kekutan sahaja. Rasanya tak percaya pula yang umur  perhubungan saya dengan si dia sudah memcecah ke tahap yang maksimum. Hemm...lagi satu hari saya ni nak terbang pulak pergi shah alam. Final exam dh dekat..hehehe..balik ke puncak untuk menduduki exam je, lepas tu balik pulak pergi sarawak. Rasanya balik ini nak bawa semua barang2 yang tidak diperlukan lagi. Kalau larat nak angkut semua buku2 yang berat tu. 
Saya di rumah duduk sorang2 boring pula, kalau belajar pun bukannya nak lama. tak sampai satu jam dah tutup buku. hehe..apa nak jadi la.ok bye..sampai berjumpa lagi

Monday, 24 December 2012

24/12/12....LCCT

hari ini di lcct bertemankan kawan-kawan seangkatan untuk balik ke pangkuan keluarga masing2..heheh...apa macam...macam tak biasa overnight kat airport..kami balik ni sebab nak sambut Christmas eve keesokkan hari nya..Merry xmas pada kawan2 yang menyambut perayaan hari krismas...saya mengupdate blog ini ketika duduk di KFC...ehehehe...tempat favourite ketika overnight...boring juga menunggu detik untuk balik ini...masa masih panjang lagi...saya pun dah boring ni duduk menunggu...tak tau nak buat apa..ok..sampai sini sajalah status tuk hari ini...bye...Selamat hari krismas......

Sunday, 16 December 2012

Semalam, Hari ini dan seterusnya....

 Hemmm....hai semua...rasanya keadaan sekarang sangat genting dan kritikal bagi semua student termasuk saya la. Saya dah mula merasai tekanan dari segi mental dan fizikal dalam tempoh menyiapkan semua assigment yang perlu di hantar pada minggu terakhir sesi kuliah. Rasa di dalam kepala ini hanya Tuhan saja yang tahu sekarang...sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Sudahla ada masalah lain pula, menambahkan lagi kekusutan di dalam otak ini. Dengan test nya lagi pada minggu hadapan dan presentation...hemmm...nampak tidak terurus diri ini sekarang..Makan tat tentu waktu nya, itu pun belum tentu makan ke tidak...Betapa susah nya nak menghabiskan minggu terakhir untuk semester ini. Di dalam hati, teringin sangat nak konvo cepat, biar cepat dapat kerja dan cepat bersama ornag yang tersayang. Maklum lah, jodoh dah lama, tinggal mahu merasmikan lagi(hehehe...). Doakan semoga saya dan si dia dapat bersama sehingga ke akhir hayat tau dan semoga dalam masa sekarang hubungan kami pulih seperti sedia kala. Doakan semoga saya dapat buat yang terbaik untuk si dia seperti si dia telah melakukan yang terbaik untuk diri saya. Sepatutnya saya lebih menghargai si dia bukan bersifat terlalu mementingkan diri sendri dan melayan sifat ego yang terlampau kuat dan susah untuk dimusnahkan dalam diri ini... oke la sampai disini sajalah coretan untuk hari ini...nak sambung buat kerja..bye